mesyuarat m'sia 2019 - hayatus sahabah

maulana saad
nizamuddin - 01/12/2019

Utk kekalkan hidayat dlm umat ialah melalui dakwah illallah. Dakwah bukan hanya beritahu, bahkan kita kena keluar dan jumpa manusia bawa kpd amalan agama. Walaupun dlm medan perang, para sahabat buat dakwah supaya manusia dpt hidayat. Itulah maksud sebenar. Jihad bukan hanya qittal. Maksud sebenar ialah supaya manusia dpt hidayat. Harta dan diri digunakan di jln Allah supaya manusia tidak musnah dgn kekufuran.

Dakwah amal makruf nahi mungkar adalah satu usaha, bukan hanya bayan/takrir, tapi ia adalah usaha utk hidupkan amal dlm kehidupan seharian kita. Keluar di jln Allah, nehejnya bukan utk membunuh. Ghazwah yg nabi sertai, sangat sedikit yg berlaku pembunuhan. Terus menerus keluar di jln Allah supaya manusia terhindar drp kemusnahan.

Banyakkan belanja di jln Allah. Banyak mana kita belanja utk nafsu, diri dan keluarga dibandingkan dgn belanja di jln Allah? Kita patut rasa sedih kerana ramai org salah faham tentang penggunaan harta, diri dan waktu mereka. Walaupun seseorang beramal dgn keseluruhan agama tapi tinggalkan dakwah, ianya tidak disukai oleh Allah. Dlm umat telah hilang perasaan ini iaitu belanja harta utk menyebarkan agama.

Hari ni, manusia salah faham dakwah ialah melalui media massa. Apa itu kemusnahan? Kita nampak dosa hanya satu benda yg remeh. Sedangkan dosa penyebab kemusnahan. Antara dosa ialah melewatkan keluar di jln Allah. Inilah asalnya tiada kehidupan beragama dlm kehidupan manusia. Kehidupan sahabat ialah tafsir al quran. Asbabun nuzul didapati dlm kehidupan sahabat. Kita kena lihat pd kehidupan sahabat. Ayat quran diturunkan pd zaman mereka. Hari ni org takwil ayat quran ikut keadaan semasa. Ini salah faham.

Kemusnahan ialah bila org islam tinggalkan utk bergerak di jln Allah. Tidak korbankan harta dan diri utk agama, itulah mencampakkan diri dlm kebinasaan. Ayat ini diturunkan kpd org ansar di madinah. Mereka nak duduk di madinah dan baiki keadaan hidup sebab agama dah kuat, agama dah tersebar, dah banyak takazah agama ditunaikan. Nak minta rehat/cuti. Mereka baru niat sahaja, belum jumpa nabi lagi. Abu ayub ansari kata ayat ini diturunkan kpd kami kerana kami telah niat utk tidak keluar di jln Allah. Kamu telah salah tafsir ayat ini. Maksud kemusnahan dlm ayat ini ialah tidak keluar di jln Allah. Allah menginkari keinginan kami utk tinggal di madinah. Allah hendak kami berterusan berjuang di jln Allah. Abu ayub ansari berterusan keluar di jln Allah hingga dia meninggal di Istanbul, turki.

Org munafik sahaja yg menghindarkan diri drp korban di jln Allah. Org islam ada sifat kasih sayang kerana agama. Oleh itu, kita kena sentiasa menanti2 takazah agama. Dahulukan takazah agama drp takazah diri dan keluarga. Kehidupan sahabat ialah pedoman utk setiap org islam di seluruh dunia. 

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir