mesyuarat m'sia 2019 - hayatus sahabah

maulana saad
nizamuddin - 29/11/2019

Maksud bayan bukan utk zahirkan ilmu. Bayan sebegini hanya akan dtgkan kibir. Seseorang yg cuba lafazkan sesuatu perkataan utk zahirkan kebolehannya, maka ini adalah kibir terhadap ilmu. Kibir ilmu lebih dahsyat drp kibir kejahilan.

Bayan yg akan dtgkan kesan ialah apa yg ada dlm hati, rasa kesedihan bagaimana umat dpt dtg kpd amal. Sekiranya kaifiat ini tidak ada dlm hati, maka bayannya hanya takluk dgn lidah, tiada kaitan dgn hati. Ilmu yg ada kaitan dgn hati, pd dirinya akan dtg faedah dan org yg dengar pun dpt faedah. Sekiranya dlm bayan tidak ada tashkil, ia bukan dari kerja ini. Nabi s.a.w telah sediakan umat kpd amal.

Wujudkan halaqah2 dlm masjid, supaya umat dtg kpd amal. Umat dlm kejahilan sebab amal umat tiada kaitan dgn taklim. Bila ada hubungan dgn taklim, duduk dlm majlis ulamak, maka amal akan sempurna. Selepas dengar taklim fadhail, dirikan solat. Tapi hari ni, lepas sembang2 kita dirikan solat. Dari kedai, kita berlari ke masjid utk dirikan solat. Solat yg macam ni bagaimana nak hadirkan fadhail dlm solat.

Bayan nabi s.a.w, adakala suara nabi tinggi, adakala suara nabi rendah, adakala mata nabi merah. Bayan dgn penuh kerunsingan. Bayan dgn bahasa2 yg tinggi akan dtgkan kesan kpd pembayan tapi tidak kpd zat Allah. Bayan adalah sunnah dan ia ada tarekah/cara. Menghimpunkan umat bukan atas maksud dakwah bukan kerja kita. Kerja Kita ialah bagaimana utk hidupkan dakwah. Melalui bayan, kita nak hidupkan dakwah. Inilah maksud drp perhimpunan kita.

Selepas nabi bayan. Nabi suruh abu bakar bayan. Abu bakar bayan lebih pendek drp nabi. Selepas itu, umar pulak bayan. Umar bayan lebih pendek drp abu bakar. Selepas itu, nabi suruh si fulan bayan. Dia guna lafaz dan bahasa yg indah. Nabi suruh berhenti. Kamu duduk. Dlm bayan, menggunakan lafaz2 yg susah dan utk zahirkan kebolehan diri, ini adalah cara syaitan. Ini sihir. Nabi suruh Abdullah bin masud bayan. Dia berdiri, memuji Allah, Allah tuhan kita, islam agama kita, quran imam kita, baitullah kiblat kita, muhammad s.a.w nabi kita. Kita redho apa yg diredhoi oleh Allah dan rasul. Apa yg tidak disukai oleh Allah dan rasul, kita pun tidak menyukainya. Nabi kata, bayan yg paling baik ialah yg diungkapkan oleh Abdullah b. masud. Dia bercakap perkataan yg benar. 

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir