mesyuarat m'sia 2019 - bayan subuh

maulana saad
nizamuddin - 30/11/2019

Tanpa bantuan Allah, samada kerja tersebut kecil atau besar, tidak akan sempurna. Setiap kerja perlu penerimaan Allah. Penerimaan/qabuliyat adalah satu nusrah drp Allah. Bila terdetik dlm hati, kerja yg dibuat sebab kebolehan maka akan terangkat pertolongan Allah. Kerja ini perlu kpd penerimaan Allah. Kerja ini tidak bergantung kpd kebolehan seseorang.

2 sebab pertolongan Allah: 1. dakwah infradi  2. satu hati

Pertolongan Allah bersama dgn jemaah. Apa yg dikatakan jemaah? Kita kena faham. Satu kaum, warna kulit yg sama, bahasa yg sama, bukan dipanggil jemaah. Umat yg ada nisbat kaum, warna kulit, kabilah, kekayaan, ini semua nisbat batil. Nisbat yg paling besar ialah sebagai umat nabi s.a.w. Hari ni org islam seluruh dunia berpecah sebab mereka tengok nisbat bahasa, warna kulit, keturunan. Bilamana umat ini mencari kemuliaan dari benda dunia maka tidak akan dpt pertolongan Allah.

Pertolongan Allah akan dtg bila buat usaha tanpa berpecah belah. Umat berkumpul atas usaha iman dan amal, inilah yg dipanggil jemaah. Dlm solat di haramain, semua mazhab berkumpul disana, tanpa berpecah, satu hati, tanpa mengira warna kulit, bahasa, kaum, semua berdiri dlm saf yg sama, inilah yg dipanggil jemaah. Kalau 1 juta manusia berkumpul tapi tanpa imam, ia bukan jemaah walaupun rukuk, sujud, salam dgn kadar yg sama, serentak. Sebaliknya, solat hanya 2 org, satu imam, satu makmum, ia dipanggil jemaah. Mizaj yahudi dan nasara ikut bangsa dan warna kulit.

Nabi s.a.w telah satukan umat ini. Nabi s.a.w telah hancurkan segala nisbat2 yg lain. Nabi s.a.w telah satukan kaum, bahasa, warna kulit, bangsa, kedudukan. Nabi s.a.w telah jadikan bilal r.hu yg kulit hitam sebagai muazzin. Nabi s.a.w bawa umat kpd ijtimaiyat. Nabi s.a.w telah bangunkan sahabat atas infradi dakwah, amal soleh dan satu hati.

Satu org sahabat yg warna kulitnya gelap, telah dtg jumpa nabi, adakah kami boleh masuk syurga. Nabi kata, org yg kulit hitam, akan masuk syurga 1 thn awal drp org yg kulit putih. Nabi s.a.w telah hancurkan jasbah2 negara, bahasa, bangsa, warna kulit.

Dlm satu halqah, ada suhoib, bilal, salman, org arab dan bukan arab. Satu org sahabat nama qais dari khazraj bagitahu bahasa kami arab, nabi s.a.w org arab, quran dlm bahasa arab, pertolongon Allah ke atas kami org arab. Kamu tak boleh dpt pertolongan Allah sebab bukan arab. Kerana perkataan tadi, bilal & salman terasa hati. Muaz bin jabal telah marah dan pegang baju qais dan bawa jumpa nabi s.a.w. Muaz cerita pd nabi. Wajah nabi s.a.w telah berubah dan kumpulkan semua sahabat. Nabi kata, bahasa arab bukan mak atau bapa kamu. Pd hari kiamat nanti, Allah akan hapuskan semua bahasa2 dan semua org yg akan masuk syurga akan berbahasa arab. Nabi kata, wahai muaz tolak dia ke jahannam. Bilal r.hu telah dimuliakan melalui perantaraan azan. Ada sahabat lain nak jadi muazzin, tapi nabi tak terima sebab tak nak bilal rasa rendah diri sebab warna kulit.

Nabi s.a.w telah bentuk asas dakwah. Semua org sama, tidak ada perbezaan. Walaupun usamah tak handsome dan gelap, tapi nabi bagi perhatian pd usamah. Satu ketika, usamah r.hu jatuh dan luka di muka. Nabi suruh aisyah r.ha sapu luka tersebut. Aisyah rasa geli. Nabi s.a.w sendiri telah sapu dgn bibir baginda. Nabi kata jgn pandang rendah seseorang. Satu ketika, jemaah dah nak bergerak, semua sahabat yg besar2 ada dlm jemaah. Usamah lambat sampai. Bila usamah sampai, baru nabi gerak. Satu org yaman kata, kerana org ni kita terpaksa tunggu. Mereka merendahkan usamah. Pd zaman abu bakar, kaum yg paling awal murtad ialah ahli yaman sebab mereka pandang rendah pd usamah.

Jgn pandang rendah sesiapa. Kita tak tahu kerana pengorbanan mereka, maqam mereka tinggi di sisi Allah. Dlm hadith, ramai org yg kusut masai, rambut tak terurus, kerana sumpah mereka, Allah terima doa mereka, apa2 sahaja permintaan mereka Allah akan sempurnakan.

Asbab utk dpt pertolongan Allah ialah ijtimaiyat dan dakwah infradi. Pertolongan Allah yg segera dtg melalui infradi dakwah. Semua nabi2 dpt tarbiyah melalui infradi dakwah. Melalui infradi dakwah, manusia terpaksa dtg kpd islam. Pertolongan ghaib Allah ialah bila org bukan islam terpaksa masuk islam. Dlm satu safar, nabi dakwah sorang badwi. Org badwi minta saksi. Nabi panggil pokok. Pokok telah membelah bumi dan dtg depan nabi, jadi saksi. 3X pokok tersebut bersaksi dan org badwi ucap kalimah masuk islam. Nabi s.a.w sendiri bagi dakwah. Semasa safar hijrah, nabi ikut jln yg ada perompok. Nabi dakwah perompok. Tidak ada satu org pun tidak layak di dakwah. Keinginan nabi utk hidayat sama atas semua org samada yg bantu atau yg melawan. Samada abu talib atau abu jahal. Pd mlm nabi doa utk abu jahal dan umar utk hidayat. Umar dpt hidayat. Abu jahal tak dpt hidayat. Tapi keinginan nabi sama sahaja. Org taif tak suka, nabi tetap bagi dakwah. semoga keturunan mereka akan dpt hidayat. Ini jasbah da’i.

2 tempat dimana tawajjuh Allah kpd nabi s.a.w. 1. infradi dakwah  2. infradi ibadat

Mizaj da’i, tidak ada perasaan balas dendam. Jasbah dendam ialah kebinasaan. Jasbah dakwah ialah hidayat. 2 jasbah ini tak boleh berkumpul. Satu org wanita yahudi masak daging dan letak racun. Sebelum nabi makan, jibrail a.s dtg bagitahu dlm daging ada racun. Sahabat nak tangkap wanita tersebut. Nabi larang. Tak perlu balas dendam. Maafkan dia. Kenapa kamu letakkan racun? Aku cuma nak tahu samada baginda nabi betul atau palsu.

Utk seseorang maju dlm kerja agama, kena sabar & tahamul. Bukan balas dendam. Nabi tunjuk contoh mcm mana musuh pun boleh dpt hidayat. Zaid bin saanah, seorang alim yahudi, telah menguji kesabaran nabi. Dia telah bermuamalat dgn nabi. bagi nabi pinjam. Tarikh ditetapkan bila kena bayar balik. Satu hari, belum sampai tarikh yg ditetapkan, dia telah tarik baju nabi dan minta secara kasar suruh bayar hutang. Dia marah nabi. Umar r.hu telah keluarkan pedang nak bunuh zaid. Nabi suruh umar sempurnakan hak dia. Tambah lagi 70 kg kurma sebab  ugutan bunuh dari umar. Setelah uji kesabaran nabi, Zaid masuk islam. Sabar adalah alamat nabuwwah. Hari ni, org marah/buat jahat pd kita, kita akan balas.

3 peringkat ehsan:
Paling rendah - org buat baik, kita buat baik dgn dia
Pertengahan - org tak pernah buat baik dgn kita, kita buat baik dgn dia
Paling tinggi - org buat jahat, kita buat baik dgn dia

Kesabaran nabi2 menyebabkan kaum dpt hidayat. Nabi tarbiyah sahabat dgn sifat sabar. Satu ketika, Nabi kata pd abu zar, selepas kewafatan aku, pemerintah akan halau kamu keluar dari madinah. Abu zar kata saya akan pergi ke syam. pemerintah syam pun halau kamu. saya balik ke madinah. pemerintah madinah halau kamu. saya akan lawan. Nabi kata, tidak, kamu kena sabar. Ke mana kamu ditashkil, kamu sabar sehingga kamu jumpa aku di mahsyar. Bila sabar khatam, safar pun khatam. Kita kena belajar sabar.

Nabi kata pd wasilah r.hu yg nak hijrah.  pertama, buat usaha bersama nabi s.a.w, bagi seluruh hidup. Kedua, bila ada takazah, terus keluar. Ketiga, bilamana org kebelakangkan kamu, kamu terus maju utk buat usaha, jgn pecahkan ijtimaiyat walaupun kamu tak ada kedudukan. Bantuan Allah bersama dgn ijtimaiyat/bersatu.

Ghuzman, satu org ansar madinah telah bantu islam kerana kaumnya. Kisah ini ada dlm hayatus sahabah, bab ikhlas. Dia telah bunuh 8 org semasa perang. Sahabat ucap tahniah padanya. Tapi dia kata, saya buat bukan kerana agama. Saya buat kerana saya ansar. Saya bantu kaum saya. Dia luka parah. Dia tak tahan dan telah bunuh diri. Allah s.w.t dan nabi s.a.w suka dgn lafaz ansar. Fadhilat ansar begitu tinggi. Nabi s.a.w laungkan lafaz ansar di uhud. Mana org2 ansar? Semua org ansar gembira dan telah berkumpul. Utk bantu agama, nabi laungkan lafaz ansar. Pada ketika yg lain, org munafik nak besarkan perkara yg kecil supaya tercetus pergaduhan. satu org telah lafaz ansar, tapi bukan utk bantu agama, utk bantu kaum. Lafaz yg sama, tapi nabi kata lafaz ini sangat busuk. Lafaz yg sama tapi niat berbeza.

Allah bantu agama sebab nusrah dan hijrah. Ansar dan muhajirin. Nabi s.a.w sibukkan sahabat dgn amal. Bila keluar di jln Allah, sibukkan diri dgn dakwah sehinggakan makan kita pun, org akan ingatkan. Bukan kita yg ingatkan org khidmat.

Selepas kefawatan nabi, umat ini terus bangun utk sambung kerja nabi s.a.w. Jemaah usamah bin zaid telah dikeluarkan. Nabi s.a.w telah bagi kepentingan utk hantar jemaah. Jemaah dihantar berterusan.  Harta yg paling baik ialah yg digunakan utk keluar di jln Allah. Azam utk keluar 4B negara jauh. 

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir