mesyuarat m'sia 2019 - bayan maghrib

maulana yusuf
nizamuddin - 29/11/2019

Allah s.w.t telah beri salahiyat, kebolehan dan kemampuan pd tuan2 utk sempurnakan takazah di seluruh dunia. Jemaah dari negara tuan2 sedang bergerak di seluruh dunia dan sedang menggerakkan usaha di seluruh dunia. Apakah perkara yg menyebabkan Allah bagi keistimewaan ini? ini satu anugerah yg besar drp Allah. Bila kita lupa memerhatikan nikmat yg Allah bagi, nescaya nikmat tersebut akan terlepas dan hilang drp kita.

Satu perkara yg kami lihat yg ada pd diri tuan2 ialah satu fikir dan satu cakap. Wahdatul kalimah dan wahdatul fikir. Fikir dan cakap perkara yg sama. Dgn sifat ini, Allah gunakan tuan2 utk pergi seluruh alam. Sahabat bersatu sesama mereka sehingga org luar yg dtg tak kenal yg mana ansar dan yg mana muhajirin. Mereka juga tak kenal mana nabi dan mana umat. Inilah punca asas yg ada dlm diri tuan2.

Tujuan utama tuan2 dtg 2 thn sekali adalah utk mewujudkan perkara yg dulu telah wujud pd zaman nabi s.a.w. Perkara pertama yg nabi buat selepas penghijrahan ialah wujudkan kesatuan dlm umat. Bila umat terbina, barulah takazah dpt disempurnakan. Barulah jemaah dpt dihantar ke seluruh dunia dgn mudah. Kita kena fikir, mana2 kawasan yg ada lagi di seluruh dunia yg belum sampai jemaah, kena hantar jemaah ke sana sehingga mereka juga dpt jlnkan kerja dgn cara tertib yg betul.

Tuan2 dtg sini bukan utk keberkatan semata2. kita dtg utk harkat, wujudkan suasana pergerakan, supaya umat bergerak utk agama Allah s.w.t. Inilah maksud kita dtg ke nizamuddin. Mufti zainal abidin rah. kata, setiap kali dia dtg ke nizamuddin, maulana Yusuf  rah. tak pernah kata dia buat perkara yg betul & tepat spt yg diinginkan. Setiap kali dtg nizamuddin, mesti ada nehej kerja yg bertepatan dgn sunnah akan diberitahu. Jgn kita dtg ke nizamuddin dgn niat utk mukim, bahkan kita dtg utk sambut takazah dan pergi ke seluruh dunia. Usaha agama bukan satu platform tapi usaha agama ialah spt tangga. Ada tahap yg perlu kita naik.

Dlm hayatus sahabah, satu org tabiin dtg jumpa sahabat dan tanya, apa yg nabi buat bila dtg ribut/angin kencang. Sahabat jawab, kalau ada seekor burung mati pun kami akan pergi ke masjid utk tengok apa yg nabi s.a.w buat. Kita dtg kesini utk tengok apa kerja yg perlu buat utk akan dtg. Kita kena sentiasa maju ke depan. Kita tak boleh duduk di satu tahap sahaja. Maulana ilyas rah. kata, setiap perkara ada manzil/target, saya ingin umat ini kembali kpd tahap agama yg telah ditinggalkan oleh nabi s.a.w.

Satu ketika, maulana abdullah dari mewat, minta izin dgn maulana ilyas utk balik ke rumah utk potong gandum. Tapi bila sampai kpg, org kpg telah menguruskan utk dia. Selepas 1 hari, dia balik ke nizamuddin. Bila dia duduk dlm mesyuarat, dia bagi syor. Maulana ilyas kata, usaha telah bergerak 24 jam maju ke depan, kamu tertinggal 24 jam ke belakang. Jgn bagi apa2 syor, lihat dulu. Satu hari sahaja dia tak bersama dlm amal di nizamuddin, dia tak boleh bagi syor. Jgn kita dtg ke sini tanpa fikir apa takazah nak bawa balik. Tanpa fikir, akan jadi penghalang utk kita maju ke depan.

Usaha ini sentiasa ada kerja baru yg nak disempurnakan. Tiada penghujung. Nabi s.a.w akan sediakan setiap org yg dtg ke madinah dan balik bawa takazah utk disempurnakan di tempat mereka. Tuan2 akan balik ke mohalah sendiri dan dibelakang tuan2 ada takazah negara demi negara yg perlu disempurnakan.

Satu ketika, maulana Yusuf rah. bercakap dgn satu org selama beberapa jam. Ada org kata, adalah lebih baik maulana cakap pd satu majmak. Beliau kata, dia tak cakap pd satu org sahaja, tapi ada satu negara di belakang org tersebut.

Kita dengar dan fahamkan apa yg disampaikan di sini. Kita bawa balik dan sampaikan pd org tempatan. Kalau tak faham dan tak hadam nehej kerja, maka sampai bila2 kita balik tak akan dpt fahamkan sesiapa. Bila kita faham dan sampaikan kerja bertepatan dgn sunnah, maka kita akan jadi asbab kebaikan utk manusia seluruh dunia.

Thufail dausi dakwah kaum dia. Kaum tak nak terima. Dtg jumpa nabi suruh doa kehancuran utk kaumnya. Nabi s.a.w doa, ya Allah Engkau beri hidayat pd kabilah daus. Dia balik semula dan buat kerja dgn istiqamah dan buat kerja sebagaimana yg diberitahu. Buat kerja spt mana yg diberitahu adalah satu perkara yg sangat penting, sangat berat, sangat perlu utk disempurnakan. Surah Hud menyebabkan nabi beruban/tua. Saidina abbas tafsir, bukan seluruh surah tapi hanya 2 ayat sahaja dlm surah tersebut yg menyebabkan nabi jadi tua. “wahai muhammad, hendaklah kamu istiqamah atas apa yg kamu diperintahkan utk buat”.

Thufail dausi buat usaha. Selepas beberapa peperangan berlalu, beberapa thn selepas itu, beliau kembali berjumpa nabi s.a.w dan kerana memahami cara kerja yg betul dan buat spt yg diberitahu, beliau bawa 80 keluarga bersama dgnnya. Salah seorang drp mereka ialah abu hurairah r.hu, imam muhadisin.

Sifat asas yg ada pd diri sahabat menyebabkan mereka jadi asbab hidayat seluruh dunia. Mereka buat apa yg diberitahu. Saidina usman r.hu dihantar oleh nabi s.a.w ke mekah utk berbincang dgn org quraish. Sahabat lain kata, usman beruntung boleh pergi dan buat umrah. Nabi s.a.w kata, usman tak akan buat perkara lain selain drp apa yg diberitahu. Dia tak akan buat umrah. Org kafir quraish bagi tawaran pd dia utk buat umrah. Dia tak buat. Ini sifat sahabat yg perlu ada dlm diri kita.

Dlm perang khandaq, nabi s.a.w suruh huzaifah r.hu pergi tengok keadaan musuh. Walaupun dia ada peluang utk bunuh abu sufiyan, dia tak buat demikian. Dia buat apa yg disuruh sahaja. Dtg bantuan Allah. Abu sufiyan masuk islam. Usaha ini bukan dibuat dgn melihat keadaan. Jgn terkesan dgn suasana.

Nabi s.a.w selalu mengambil karguzari kerja yg diberi oleh baginda kpd para sahabat. Tuan2 adalah jemaah nizamuddin yg dihantar ke m’sia, dan selepas 2 thn kembali ke nizamuddin utk bagi laporan kerja dan ambil takazah utk 2 thn akan dtg. Ini tertib yg berlaku pd zaman nabi & sahabat. Nabi begitu ihtimam dgn karguzari. Kisah serigala bercakap dgn gembala kambing. Serigala kata, sangat hairan kamu masih disini bersama gembalaan kamu sedangkan di madinah telah diutuskan seorang nabi. maka dia telah bawa semua kambingnya dtg ke madinah dan jumpa nabi s.a.w. Dia cerita apa yg telah berlaku. Nabi s.a.w kumpul semua sahabat dan suruh dia beri karguzari.

Nabi Sulaiman a.s dapati burung hud-hud tiada dlm perjumpaan. Kehilangan hud2 yg sekejap pun nabi Sulaiman minta laporan. Bila kembali, hud2 bagi karguzari tentang kaum saba’. Satu tertib bahawa org yg bawa balik laporan, dialah yg akan dihantar utk buat usaha di kawasan tersebut. Hud2 telah dihantar semula bersama dgn surat. Hud2 telah jadi asbab satu kerajaan balqis beriman kpd Allah. Ini hanya seekor burung yg jadi penyebab seluruh kerajaan yg sembah matahari beriman kpd Allah.

Asal karguzari ialah dari masjid. Kita akan tahu keadaan org islam melalui masjid mereka. Bagaimana keadaan masjid2 di negara tuan2. Ada amal atau tidak. Tidak memadai hanya dgn memberi kerja tanpa ambil karguzari. Adakah kerja telah dibuat dgn cara yg betul. Memantau kerja. Saidina umar telah bentuk satu jemaah, lantik amir, bagi hidayat pd jemaah, adakah telah selesai kerja? belum selesai selagi tidak ambil karguzari adakah kerja dibuat dgn cara yg telah diberitahu. Inilah kepentingan karguzari.

Tuan2 tulis dan catit apa yg diberitahu. Buat nota. Jgn dengar sahaja tanpa catit. Balik nanti, kita buat spt mana yg diberitahu. Org yg akan bagi karguzari ialah rakan seusaha yg memahami kerja, yg buat usaha di masjid, di halaqah, tahu tahap kerja di kawasan dia. Kalau ada apa2 pertanyaan, dia akan dpt jawab.

4 hari tuan2 di sini, adalah masa yg sangat berharga. Dlm tempoh 4 hari tuan2 akan bawa balik bekalan utk 2 thn. Dtg ke sini bukan utk berehat tapi utk mujahadah. Fahamkan betul2 apa yg disampaikan. Duduk dlm semua majlis. Selepas setiap majlis, kita muzakarah. Bila kita muzakarah berkali2 barulah akan masuk dlm hati. Faham dan ingat. Tabligh bukan hanya di telinga, tapi utk sampaikan ke dlm hati.

Takazah yg diberi disini, kita balik dan sempurnakan. Kita mulakan langkah, Allah yg akan sempurnakan baki kerja. Semoga Allah terima. 

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir