mesyuarat m'sia 2019 - bayan subuh

maulana saad
nizamuddin - 28/11/2019

Allah gagalkan perancangan dan usaha manusia supaya manusia kenal siapa rob. Manusia yg tak hubungkan kegagalannya dgn Allah, sebaliknya hubungkan kegagalan dgn asbab, maka dia tak akan kenal siapa rob. Kejayaan tak bawa kpd kesyukuran, kegagalan tak bawa kpd taubat. Sepatutnya kejayaan dan kegagalan menyebabkan manusia makin hampir kpd Allah. Hari ini manusia, berjaya pun makin jauh dari Allah, gagal pun makin jauh dari Allah. Org yg nisbatkan kejayaan dan kegagalan dgn Allah, maka dia makin hampir dgn Allah. Allah bagi asbab pd manusia utk ujian. Banyak mana manusia ingat pd Allah.

Kefarduan yg paling besar ialah iman. Sempurnanya janji2 Allah atas setiap amal bergantung pd iman. Hari ni org tak belajar ilmu iman. Org sibuk dgn ilmu ahkam dan masail sehingga lalai dgn amal. Amal2 spt solat sunat, zikir, membantu dlm mendapatkan ilmu. Kita anggap menuntut ilmu adalah zikir, maka tak payah zikir lagi. Sedangkan zikir sangat penting dlm menuntut ilmu. Ilmu yg terhasil tanpa zikir, ilmu tersebut akan jadi maklumat sahaja. Ilmu yg tidak menyebabkan satu org terkesan dgn kebesaran Allah, dikhuatiri ilmu tersebut akan merugikan dan membahayakan dia. Kibir yg ada pd ilmu lebih besar drp kibir yg ada pd kejahilan. Ilmu sepatutnya menjadikan kita tawadduk. Ilmu mesti di sekalikan dgn zikir.

Asal maksud ialah amal. Ilmu ialah utk amal. Ilmu berkaitan iman ialah maksud mizaj. Satu org tak akan selesai menuntut ilmu iman. Ilmu iman adalah asas kpd semua amal. Kita kena belajar ilmu tentang kefarduan iman. Sahabat kata, kami belajar iman, kemudian belajar quran. Ilmu iman perlu diulang2/takrar. Ilmu masail, bila dah tahu, amal. Ilmu masail tak berubah, Ilmu iman berubah. Sebab tu kita kita disuruh perbaharui iman. Macam mana? Perbanyakkan percakapan lailahaillallah. Ini perintah.

Tengok makhluk dan ingat kebesaran Allah. Alam ini dipenuhi dgn asbab. Kena cakap lagi dan lagi tentang kebesaran Allah sehingga hati kita terkesan dgn Allah. Di luar masjid penuh dgn asbab. Bawa ke masjid, dengar tentang kebesaran Allah, maka hati akan terkesan dgn kebesaran Allah. Ulamak terdahulu berbahas pasal masail sampai kpd natijah amal. Amal jadi asbab utk hampir kpd Allah. Hari ni kita sibuk berbahas, sampai lupa nak amal.

Semua amal bergantung pd iman. Utk perbaharu iman, kena buat dakwah illallah. Setiap org beriman diperintah utk beriman. Di perintah utk buat usaha atas iman. Hari ni kita anggap kerja amal makruf nahi mungkar ialah usaha atas org lain, bukan baiki diri. Sedangkan ia adalah satu usaha yg utama utk bina iman setiap org beriman. Org yg sibuk islah diri sendiri sahaja, iman dia belum sempurna.  

Cara utk keluarkan org dari kemungkaran ialah keluarkan dia dari suasana tersebut. Bukan cerita pasal kemungkaran. Org buat kemungkaran sebab ada keinginan dlm hatinya. Amal makruf nahi mungkar adalah usaha amali. Dakwah adalah usaha amali. Zaman sekarang, perintah dan larangan Allah hanya ada dlm bentuk kitab. Kita kena pergi jumpa org. Dakwah kpd kebaikan. Siapa yg lihat kemungkaran, kena ubah. Ubah dgn hati ialah iman yg paling lemah. Kena bangun tengah malam menangis depan Allah.

Usaha utk tajdidkan iman ialah dakwah illallah. Buat gasht. Ajak org dtg ke masjid. Duduk dlm halaqah iman. Muzakarah iman bil ghaib. Percaya selepas kita lihat, itu bukan iman. Iman ialah mempercayai sesuatu yg kita tak nampak. Org beriman yakin dgn perkhabaran nabi. org munafik syak/ragu. Org beriman percaya walaupun bertentangan dgn zahir/akal.

Anugerah Allah paling besar ialah iman. Tempat zahirnya anugerah Allah di dunia ialah iman. Tempat zahirnya kemurkaan Allah di dunia ialah kufur. Tempat zahirnya anugerah Allah di akhirat ialah syurga. Tempat zahirnya kemurkaan Allah di akhirat ialah neraka.

Org yg anggap nikmat dunia ni satu nikmat, dia dah hilang akal dan azab dah dekat. Nikmat yg paling besar ialah nikmat islam. Tapi kita telah lalai drp nikmat ini. Kita kena banyak cakap perkara yg ghaib supaya iman musyahadah terkeluar dari hati kita.

Safar mikraj, masjidil haram ke masjidil aqsa hingga ke sidratul muntaha dlm satu malam. Bertentangan dgn zahir. Allah nak uji. Org kafir telah dustakan. Ada org beriman yg lemah iman, murtad. Percaya apa yg nabi bagitahu walaupun bertentangan dgn zahir. Hari ni kita tak cakap pasal ghaib, kita banyak cakap pasal musyahadah. Keyakinan pd asbab telah masuk dlm hati kita.

Bila satu org usaha atas iman sehingga dtg dlm hati pd ghaib, keluarkan dari hati musyahadah, mudah bagi dia tinggalkan asbab utk sempurnakan amal. Allah bagi asbab pd org beriman utk diuji. Sejauh mana dia ingat ahkam dlm asbab.

Usaha dakwah dpt menundukkan alam supaya da’i dpt sempurnakan dakwah dan ibadat. Kisah Yusak bin nun sedang jihad. Waktu solat dah nak habis. Mcm mana nak sempurnakan takazah dakwah dan takazah ibadat serentak. Matahari juga dikuasai oleh Allah. Manusia diperintah oleh Allah utk beribadat kpd Allah. Matahari diperintah oleh Allah utk khidmat kp manusia. Dia doa, ya Allah, Engkau tahanlah matahari.

Begitu juga kisah ashabul kahfi larikan diri utk selamatkan iman mereka. sembunyi dlm gua. Allah perintah matahari supaya cahaya matahari tak masuk dlm gua mengganggu tidur mereka.

Bila yakin pd ghaib, mudah utk tinggalkan asbab utk tunaikan perintah Allah. Keyakinan pd musyahadah merosakkan solat kita. Bila yakin pd ghaib, sedia utk tinggalkan semua benda utk tunaikan solat. Org yg yakin pd ahkam yg sempurnakan segala keperluan dia, maka dia tidak akan tinggalkan perintah Allah kerana asbab. Sebaliknya, org yg yakin pd asbab yg selesaikan masalah dia, dia akan tinggalkan perintah ahkam kerana asbab. Asbab adalah satu imtihan utk org beriman. Asbab yg hakiki ialah amal. Bersama asbab imtihan. Bersama ibadat ketenangan.

Hari ni, bila dpt asbab, kita rasa Allah bagi supaya kita berjaya. Ini yakin yg salah. Sulaiman a.s ada 100 isteri. Dia nak bersetubuh dgn semua isteri dan akan lahirkan pejuang2 agama utk tegakkan kalimah Allah. Niat yg baik. Allah bagi kekuatan pd nabi Sulaiman. Tapi dia lupa ucap insyaAllah. 99 isteri tak mengandung. 1 isteri mengandung tapi anak cacat. Hari ni manusia cari bantuan Allah dlm asbab. Kalau asbab tak menjadi, dia putus harapan dgn Allah. Zakaria a.s, umur 100 thn. isteri umur 90 thn, mandul. Dia doa pd Allah. Tak berputus harap dgn Allah. Allah kurniakan nabi Yahya a.s.

Dlm safar hijrah, nabi s.a.w dan abu bakar r.hu singgah di satu tempat. Jumpa seorang wanita tua, dia ada kambing. Abu bakar minta susu. Wanita tua kata, semua tak ada susu. Abu bakar kata, yg bagi susu Allah. Abu bakar perah, keluar susu. Hari ini org islam harap Allah bantu dgn asbab. Zaman sahabat, org kafir nampak kebesaran Allah bila bantuan ghaib turun pd sahabat. Hari ni, org islam lupa pd Allah bila mereka lihat asbab yg ada pd org kafir.

Kisah peristiwa ubah arah kiblat. dari masjidil aqsa ke baitullah. Allah nak tengok mizaj ketaatan. Perintah dtg semasa solat. Terus ubah.

Sahabat begitu yakin dgn setiap ayat quran walaupun satu dunia menafikannya. Penulis wahyu, melihat dgn mata sendiri bagaimana wahyu turun. Iman ialah mempercayai apa yg di khabarkan oleh nabi s.a.w. Kisah penulis wahyu, abdullah bin abi sarh yg tak mahu tulis, tak percaya, dia syak.

Kita kena usaha atas ilmu iman dan ilmu amal. Amal tanpa ilmu adalah satu kejahilan. 2 syarat utk amal diterima:  1. iman   2. ilmu

Ilmu dan iman adalah 2 kefarduan yg penting. Iman adalah ikhlas. Ilmu ialah cara beramal. Ilmu ialah apa yg Allah nak drp saya. Menuntut ilmu bukan utk tambah maklumat. Maksud ilmu ialah amal. Amal ialah tuntutan ilmu. Amal akan hampirkan kita dgn Allah. Allah akan bagi faham. Utk dpt kesempurnaan ilmu jadilah org yg bertaqwa kpd Allah. Dgn taqwa akan jadikan kamu org yg paling alim.

Tempat ilmu dlm hati. Tempat taqwa juga dlm hati. Terkesan dgn perintah Allah adalah ilmu. Tidak terkesan dgn perintah Allah adalah maklumat. Ilmu dan maklumat adalah 2 perkara yg berlainan. Masuk dlm hati baru dipanggil ilmu. Kalau hanya di lidah dipanggil maklumat. Org kafir pun ada maklumat. Ilmu yg sebenar ialah yg menyebabkan hati terkesan dgn perintah Allah.

Ilmu ialah zikir. Solat adalah zikir. Seluruh quran adalah zikir. Ahli ilmu dipanggil ahli zikir. Ulamak ialah org yg sentiasa ingat Allah. Ilmu ialah cahaya. Dosa ialah kegelapan. Utk hasilkan ilmu kena buat amal yg mendekatkan diri kpd Allah.

Kena bawa ilmu keluar di jln Allah. Allah akan mantapkan lagi ilmu dlm diri dia. Keluar di jln Allah dikaitkan dgn tafaqquhfiddin/kefahaman agama. Keluar jln Allah supaya dia sendiri faham. Bukan nak faqihkan org lain. Ulamak kena bergilir2 keluar di jln Allah. Ulamak keluar bersama org awam. Tengok keadaan umat supaya bertambah yakin pd ilmu.

Ilmu perlu dibawa bergerak dlm umat. Allah akan tanya pd nabi2, adakah kamu pergi jumpa umat? Allah tak tanya pd umat, adakah kamu pergi jumpa nabi. Ulamak kena bergerak jumpa umat. Maksud drp usaha dakwah ialah utk keluarkan umat dari kejahilan dan bawa umat kpd ilmu. Sampaikan ilmu kpd umat tanpa menuntut apa2 balasan. Sampaikan ilmu adalah amanah Allah. Ilmu spt awan bergerak ke semua tempat dan turunkan hujan. Ilmu bukan spt telaga.

Abdullah bin mubarak, 6 bulan keluar di jln Allah, 6 bulan mengajar. Sebanyak mana kamu bergerak, sebanyak itulah majlis2 ilmu akan bertambah. Umat jadi jahil sebab ulamak tak bergerak. Bila ulamak bergerak, maka akan timbul keinginan dlm diri org awam utk belajar ilmu. Allah letak tarikan dlm mujahadah di jln Allah.

3 sebab utama kemurtadan:
1. kejahilan
2. masa lapang
3. kemiskinan

Sibukkan umat dgn ilmu. Masa lapang digunakan utk menuntut ilmu dan beramal. Hilangkan kemiskinan dgn ikram. Belanjakan duit kita atas org miskin. Belanja yg sebenar semasa keluar jln Allah ialah yg digunakan atas org lain, bukan utk diri sendiri. Infaq yg sebenar ialah belanja utk org lain. Allah akan tambah harta dia. Allah akan tambah ilmu dia. Bawa ilmu bergerak ke seluruh alam. 

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir