mesyuarat m'sia 2019 - nasihat

maulana saad
nizamuddin - 03/12/2019

Maksud utama kita berkumpul disini ialah atas satu fikir, satu nehej kerja, cara kerja nabi s.a.w berasaskan sirah nabi s.a.w, cara kehidupan sahabat r.hum. Sebanyak mana perkara2 yg telah dimuzakarahkan, kita balik utk amalkan, bawa dlm kehidupan dan bawa org lain kpd perkara tersebut.

Sejauh mana kita dpt buat usaha cara sahabat, sejauh itulah Allah s.w.t buat keputusan utk hidayat dan tarbiyah utk kita semua. Sebanyak mana kita dengar selama 4 hari disini, anggaplah ia amanah dari Allah dan kita akan buat usaha dgn mujahadah.

Semoga Allah terima kedatangan tuan2 dan Allah jadikan tuan2 asbab tersebar hidayat ke seluruh alam dan asbab utk dtgnya semua rakan2 seusaha kpd jln kerja yg betul, cara kerja yg betul. Kedatangan tuan2 yg ramai, dgn talab yg tinggi, menunjukkan tuan2 semua bersatu dan buat usaha dgn satu fikir dan satu hati.

Baiat bukanlah satu perkara yg hendak dimegah-megahkan, ia satu sunnah, nabi s.a.w telah ambil baiat drp sahabat2 utk mereka berterusan istiqamah dlm usaha agama dan pengorbanan utk agama.

Diantara perkara yg diambil baiat oleh nabi s.a.w drp sahabat, bersedia utk berhijrah meninggalkan negara utk agama, memberi nusrah utk mereka yg berhijrah utk agama, tidak mempedulikan celaan dan makian org lain dlm menjalankan usaha agama, dengar dan taat dlm setiap keadaan, susah, senang, lapang, sempit, dipinggirkan, dilupakan, akan teruskan buat usaha agama. Sahabat telah sempurnakan baiat mereka, sahabat telah sempurnakan janji mereka dgn nabi s.a.w, sehingga Allah turunkan ayat quran memuji mereka. Mereka adalah lelaki2 yg telah menyempurnakan janji2 mereka dan Allah bagi kejayaan pd mereka. Kami telah berbait dgn nabi s.a.w, kami akan berjihad selama mana kami hidup. Maka kita semua pun buat perkara yg sama, berjanji berbaiat akan terus buat usaha agama sampai mati.

Kita berusaha utk tinggalkan semua dosa2 besar dan kecil. Kita kena ambil berat solat2 nafil/sunat. Ihtimam dgn solat isyrak, dhuha, tahajjud, awwabin. Maka Allah akan bagi kekuatan pd anggota2, dipelihara drp melakukan dosa2. Kita juga kena jaga mata pandangan drp melihat perkara yg haram, ia akan memberi kemanisan dlm amal ibadat.

Satu lagi perkara penyebab yg kita dpt mentaati perintah Allah dan tinggalkan dosa2 ialah berzikir pd Allah dgn syarat zikir dgn penuh tumpuan, dlm keadaan berwuduk, mengadap kiblat, mengasingkan diri, dgn penuh adab. Putuskan hubungan dgn perkara2 yg lain. Ihtimam dgn zikir 300 pagi dan ptg. Berzikir sambil lalai, berjalan, bercakap, tiada adab dgn Allah, zikir begini akan menambahkan kelalaian dan kemalasan dlm diri. Sebut nama Allah tanpa kebesaran akan menyebabkan kita jadi lagi lalai.

Mereka2 yg dah berbaiat dgn hadratji maulana inamul hasan rah. dan ambil zikir dgn beliau, boleh teruskan zikir tersebut. Yg belum ambil zikir, sebagai tambahan kpd 300 pagi/ptg, dlm masa 24 jam, zikir Allah, Allah 1000X. Mula dgn selawat 11X dan tutup dgn selawat 11X.   

Seafdal2 zikir ialah tilawah quran. cara yg paling afdal utk dekatkan diri dgn Allah. Ihtimam membaca quran setiap hari dgn kita memegang dan melihat quran. Jgn biasakan baca quran dgn alat/HP. Baca quran cara salafussolihin. Sediakan org lain. Ihtimam dgn surah2 waqiah, yasin, kahfi. 

Sentiasa utamakan takazah2 agama atas segala takazah2 kita yg lain. Cuba utk bagi masa 4B setiap thn, 10H setiap bulan, 8 jam setiap hari

Tarikh telah diputuskan utk mesyuarat 2 thn yg akan dtg. Tuan2 kena usaha sedaya upaya. Apa yg dengar di sini, balik dan buat usaha. Kami tak anggap tuan2 org m’sia, tapi tuan2 adalah org nizamuddin, jemaah drp sini dan akan dihantar ke m’sia utk buat usaha selama 2 thn dan akan balik semula ke sini dan bagi laporan.

Tarikh mesyuarat akan dtg ialah 24/25/26/27 rejab 1443H bersamaan 26/27/28 feb & 1 mac 2022, hari sabtu, ahad, isnin dan selasa.  

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir