mesyuarat m'sia 2019 - hayatus sahabah

maulana saad
nizamuddin - 26/11/2019

Kita kena faham kata2 sahabat dan khulafak rasyidin. Kata2 mereka terdapat nasihat utk kita dlm usaha dakwah. Bila umat beramal tanpa dakwah, maka kebolehan umat akan jadi lemah. Yg menggerakkan amal ialah iman. Yg menggerakkan iman ialah dakwah. Tanpa dakwah iman tidak akan sempurna. Ini adalah perkara yg hak. Satu org yg sibuk islah dirinya sahaja dan tidak bawa org lain kpd agama, maka imannya tak akan sempurna. Utk sempurnakan iman adalah dlm dakwah illallah. Janji Allah kemenangan utk org islam adalah atas nusrah agama. Nusrah agama itu adalah dakwah illallah.

Nabi s.a.w bersabda, bantulah org zalim dan mazlum. Sahabat tanya, kami faham kena bantu org dizalimi. Tapi mcm mana nak bantu org zalim. Bantu org zalim drp kezaliman mereka. Usaha utk halang kemungkaran ialah bantu org zalim tersebut. Nusrah agama ialah amal makruf nahi mungkar. Itulah bantu agama Allah. Tanpa dakwah, umat islam tidak akan dpt kemenangan. Bantu agama Allah, Allah akan bantu kamu.

Muawiyah bin abi sufiyan r.hu berkata dlm bayan, selagi umat bergerak utk bantu agama, selagi itu tiada siapa dpt kalahkan umat ini. Bila Allah inginkan kebaikan utk seseorang, tiada siapa boleh halang Allah. Allah akan bagi kefahaman agama utk dia. Ilmu dunia tiada khair. Khair hanya dlm ilmu ilahi. Semua kemahiran dunia tiada khair.

Drp umat ini akan ada satu jemaah utk tegakkan agama Allah. Umat ini akan berada dlm khair/kebaikan/kebenaran selagi mana umat bergerak utk agama. Tiada siapa boleh ganggu dan mudaratkan umat ini sehingga kiamat.

Ilmu akan dtg dgn belajar. Kefahaman agama akan dtg dgn kita usaha atas agama.  

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir