mesyuarat m'sia 2019 - bayan subuh

maulana saad
nizamuddin - 02/12/2019

Asbab kejayaan manusia ada 4. jika kurang drp 4 maka akan berlaku kegagalan dan penyesalan.
4 perkara tersebut ialah:
  1. beriman pd Allah
  2. amal soleh
  3. berpesan dgn hak
  4. berpesan dgn sabar

Apakah yg dikatakan beriman kpd Allah? adakah semata-mata menjadi org islam kita dah beriman. Beriman pd Allah ialah menyempurnakan perintah Allah dgn cara nabi s.a.w. inilah iman yg difahami. Hukum yg pertama pd org beriman ialah beriman pd Allah. Wahai org beriman, berimanlah kamu. Bila org islam tak kukuh atas iman dan amalan agama, inilah punca utama kebatilan menguasai diri mereka. org kafir tidak kalah sebab kekafiran mereka. org kafir kalah sebab org beriman yakin dgn Allah dan menyempurnakan perintah Allah. janji Allah atas org beriman. Allah akan bantu dan menangkan mereka atas org kafir. Allah hancurkan firaun kerana sabar dan taqwa bani israil. Allah sempurnakan janjiNya.

Org beriman yg lakukan dosa dan berkata kami boleh mengatasi org kafir, tak mungkin berlaku. Tidak ada bantuan Allah atas org yg berdosa walaupun dia bersabar. Dosanya tidak dpt menarik bantuan Allah. Sabar yg menarik bantuan Allah ialah sabar yg bersama dgn ketaatan. Dunia adalah syurga kpd org kafir. Kalau org islam tamakkan syurga org kafir ini, nescaya org islam akan kalah sampai bila2.

Perintah pertama ialah, org beriman kena usaha atas iman. Bagaimana sahabat tunaikan perintah ini? Solat, puasa, zakat, haji, kita kena belajar semua kefarduan ini bagaimana nak disempurnakan. Begitu juga kita kena belajar kefarduan iman. Ada cara yg khusus bagaimana nak sempurnakan takazah iman. Kita menyakini akan Allah dgn kudratNya yg sebenar. Takazah beriman pd Allah ialah taat setiap perintah Allah. Sesiapa yg khilaf dgn perintah Allah maka dia telah jadikan selain dari Allah sebagai robnya. Takazah org beriman ialah tidak jadikan ghairullah sebagai robnya. Org beriman menyakini hanya Allah robnya. Di hadapan asbab duniawi, kita hanya mentaati rob hanya Allah s.w.t. Inilah takazah rububiyah Allah s.w.t. 

Perkara kedua bersama dgn iman ialah ketaatan kpd Allah dan menyempurnakan setiap titah perintah Allah s.w.t. Perkara ketiga utk berjaya dan mendatangkan kesempurnaan dlm iman ialah membawa org lain kpd iman (tawisi bil haq). Amal makruf. Perkara keempat ialah bawa manusia kpd amal (tawasi bil sabr). Nahi mungkar. 2 perkara Iman dan amal soleh utk diri sendiri dan 2 lagi asbab hidayat ialah amal makruf nahi mungkar.

Beriman kpd Allah dan beramal soleh sahaja masih belum cukup utk dpt kejayaan. Satu perkara yg salah dlm pemikiran org islam ialah kamu beramal sendiri dulu sehingga sempurna amal dlm diri, kemudian baru dakwah org lain. kita rasa tak boleh buat dakwah sebab belum amal agama yg sempurna. Asbab kejayaan ialah iman, amal dan membawa manusia kpd iman dan amal. Dakwah manusia kpd makruf dan cegah kemungkaran adalah perlu utk sempurnakan iman seseorang. Iman belum sempurna jika sibuk islah diri sendiri sahaja. Selagi tidak dakwah manusia kpd iman dan amal, selagi itu tidak sempurna iman dan amal kita.

Umat ini adalah umat terbaik kerana sentiasa bawa org lain kpd iman dan amal. Inilah syarat utk jadi umat terbaik. Kena bawa org yg tenggelam dlm suasana kekafiran, ghaflah, bawa kpd suasana yg baik, suasana iman dan amal, barulah akan dipanggil umat terbaik. Satu tanggapan yg salah pd zaman ini, iaitu agama telah tersebar dgn alat2 moden dan tak perlu lagi keluar di jln Allah. Asbab kejayaan mad’u ialah mujahadahnya da’i. Asbab hidayat sesuatu kaum adalah mujahadah para nabi. Ini tertib Allah. Tertib ini akan berterusan sampai kiamat. Menanggung susah payah di jln Allah adalah asbab hidayat utk diri sendiri dan umat manusia.

Asbab istiqamah kita dlm agama ialah menyeru manusia kpd agama. Jika bantu agama Allah, Allah akan bantu kamu dan Allah akan mengukuhkan pendirian kamu dlm agama kamu. Persoalan sekarang ialah apakah membantu agama? Hari ni kita merasai, belanja harta dlm semua perkara kebaikan adalah bantu agama. Ini hanya bantu org islam. Bukan membantu agama islam. Org kafir juga bantu org islam. Kafir musyrikin mekah bantu bina kaabah, sedangkan ia adalah kiblat org islam. Ini bukan membantu islam. Org kafir juga ambil bahagian dlm perkara2 kebaikan. Pd musim haji, satu org musyrik sahaja, yg sediakan makanan, tempat tinggal utk semua org yg tunaikan haji. Dia keluarkan duit belanja dia sendiri.

Allah asingkan usaha agama dari segala bentuk kebaikan yg lain. Adakah sama  belanja harta utk org yg tunaikan haji dgn org yg beriman dgn Allah, hari akhirat dan bermujahadah di jln Allah? Tak sama di sisi Allah.  

Membantu islam ialah mendakwah seseorang dan bawa dia kpd menyempurnakan fardu2 dlm agama. Sedikit sahaja kekurangan dlm agama, maka saidina abu bakar telah hantar jemaah utk perangi mereka. Jemaah telah dihantar kpd mereka yg hanya kerana bayar zakat tanpa tali, supaya mereka menyempurnakan perintah Allah dgn sempurna. Bagaimana zaman kita sekarang? Org tak tahu kalimah, tak tahu solat begitu ramai, maka penting utk kita tinggalkan makami kita dan pergi ke seluruh dunia.

Apa itu membantu agama? Nabi s.a.w kata, hendaklah bantu org yg zalim dan org yg dizalimi. Sahabat kata, kami faham membantu org yg dizalimi, tapi bantu org yg zalim mcm mana? Menahan dia dari kezalimannya. Syarat utk org islam berdiri kukuh atas agama ialah kena bantu agama Allah. Inilah bantuan Allah kpd sahabat. Kisah Abdullah bin huzaifah r.hu, raja rom bersungguh2 usaha supaya dia tinggalkan agama islam dan masuk nasrani, akan tetapi dia gagal. Pujuk rayu org lain kpd agama, inilah yg dikatakan membantu agama. Selain drp ini tidak ada bentuk lain utk bantu agama Allah. Inilah cara yg berlaku di zaman sahabat. Kita sendiri pergi utk sampaikan dakwah. Inilah asal punca utk dpt bantuan Allah. Utk menyempurnakan t/jawab dan hujah kita di depan Allah, maka kita disyaratkan utk bergerak sendiri jumpa manusia.

Maulana ilyas rah. kata, org yg berjaya himpunkan dakwah dan ibadat, maka akan dtg nusrah Allah yg akan menundukkan seluruh nizam alam ini kpd kita. Tanpa kita sendiri yg pergi, maka t/jawab kita belum selesai, bantuan Allah tak akan bersama dgn kita. Ini perkara yg pasti. Janji bantuan dari Allah ialah dgn kita membantu agama Allah. Sampaikan maklumat dgn cara2 yg lain tidak dipanggil dakwah. Nabi s.a.w sendiri pergi jumpa manusia. Nabi sendiri mendahului dlm memberi dakwah. Siapa pun nabi tak rasa dia tak layak utk dia didakwah. Semua org layak utk di dakwah. Dlm safar hijrah, Nabi pilih jln yg ada perompok semata-mata utk dakwah perompak. Walaupun perompak adalah org yg hina dan merbahaya. Bahaya utk nyawa dan harta. Nabi tak suruh org lain pergi dakwah. Nabi sendiri yg pergi.

Pada thn 1947, berlaku rusuhan di India dan banyak berlaku pembunuhan, maka ulamak telah keluarkan fatwa kpd maulana yusuf, kena tinggalkan nizamuddin kerana pembunuhan secara umum berlaku di sini. Maulana Yusuf kata, tidak. Menjadi satu usul, dimana tempat diberi pengorbanan utk agama, tempat tersebut Allah bagi sifat markaziyat. Ada org kata pd maulana Yusuf rah., jaga nyawa adalah fardu. Maulana jawab, jaga nyawa tidak fardu, bahkan memberi nyawa utk jaga agama adalah sunnah. Janji Allah, siapa yg sampaikan utusan Allah kpd makhluk, maka Allah akan ambil t/jawab utk pelihara diri dan hartanya. Selagi kita tak dtg kpd cara dakwah nabi s.a.w, maka selagi itu bantuan Allah tak akan bersama dgn kita.

Bantuan Allah kpd sahabat ialah kerana mereka kedepankan diri mereka utk sampaikan dakwah. Allah akan pelihara kamu dari manusia. Nabi hantar surat kpd kisra. Kisra telah koyak surat tersebut. Dia hantar 2 org tentera utk tangkap nabi. Bila berhadapan dgn nabi, menggigil. Nabi kata, org yg hantar kamu utk tangkap aku, mlm tadi dia telah dihancurkan oleh tuhan kami.

Apa itu dakwah? dakwah ialah kita sendiri kena bergerak utk sampaikan. Kalau tak bergerak, t/jawab belum sempurna. Seluruh nizam alam ini akan tunduk bila kita sendiri yg sampaikan dakwah. Satu ketika, maulana ilyas dlm perjalanan ke mewat menaiki bas. Masuk waktu asar. Beliau suruh seseorang bagitau driver bas utk berhenti. Driver bukan islam. Dia tak nak berhenti. Permintaan kita pd org kafir tak berjaya sebab permintaan kita tanpa dakwah. Kita tak dakwah dulu dan kita tak terfikir utk dakwah dulu. Maulana ilyas suruh dakwah fadilat/ancaman solat kpd semua penumpang dlm bas. Selepas buat dakwah, baru driver nak berhenti.  

Tidak ada alat/mesin utk gantikan kita utk beribadat, begitu juga tidak ada alatan yg boleh ganti utk buat dakwah illallah. Dakwah adalah asbab utk hidupkan semula semua cabang2 agama. Guna tubuh badan dipanggil ibadat. Begitulah juga guan tubuh badan utk dakwah. Hari ni, org islam rasa puas hati dakwah tersebar dgn alatan/akhbar. Zaman sekarang tak sama dgn zaman dulu. Syaitan telah letakkan syak dlm diri org islam. Perkataan spt ini menghapuskan maksud sebenar pengutusan baginda. Ini kejahilan yg telah tersebar. Ini percakapan yg tak berpandukan sirah.

Membersihkan gigi adalah maksud. adakah gunakan berus dan miswak sama? Adakah dgn menggunakan berus dpt 70 ganjaran spt yg dijanjikan bila guna miswak. Fadilat sugi yg besar ialah dpt ucap kalimah sebelum mati. Malaikat akan dtg dan dengar bacaan quran kita bila kita bermiswak sebelum baca quran. adakah faedah2 ini akan dpt dgn gunakan berus? Tidak, kerana ia khilaf/bertentangan dgn sunnah. Bertentangan dgn sunnah tiada kesan dan tiada ganjaran.

Amalan dan dakwah kena bertepatan dgn cara nabi dan sahabat. Kalau kita tak ikatkan usaha dgn cara nabi dan sahabat, maka akan menyebabkan kita susah nak ikut cara nabi dlm ibadat, muamalat, muasyarat, akhlak. Buat dakwah bukan dgn cara nabi, maka tiada kekuatan utk menentang kebatilan. Sebaliknya kita akan ikut cara kafir dlm muamalat, muasyarat, akhlak. Org islam tak akan berjaya kalahkan org kafir.

Bantuan Allah atas umat ini bersyarat dgn dakwah. kita sediakan diri utk buat atau sediakan org lain utk buat. Org yg mendustakan agama ialah org yg dia sendiri tak buat dan tak sediakan org lain utk buat. 2X dosa. Kedepankan usaha dakwah dlm apa keadaan pun. Zaman sahabat, selepas beriman, tiada siapa yg menyempurnakan kehidupan secara infradi sahaja. Nabi telah sediakan mereka utk dakwahkan org lain. Nabi bagi takazah pd mereka utk menyeru kaum mereka. Asbab hidayat org kafir ialah kerana org islam bersatu dlm ibadat dan dakwah. Nabi telah kumpulkan sahabat dlm dakwah, ibadat dan taklim.

Hindun yg hatinya keras, yg telah bunuh dan memamah hati saidina Hamzah, dgn hanya melihat tahajjud sahabat semasa fatah mekah, telah lembutkan hatinya dan masuk islam. Begitu juga dgn abu sufiyan. Sumamah telah diikat 3 hari dlm masjid nabawi, masuik islam. Amalan dakwah wujudkan suasana.

Kisah Thufail dausi, dtg ke mekah, tutup telinga dgn kapas, tak nak dengar perkataan nabi s.a.w. Bila Thufail  masuk dlm masjid, dia terkesan dgn suasana. Cabut kapas. Dengar percakapan nabi. Masuk islam, di minta utk balik dan dakwah kaum dia. Saya ada kedudukan dlm kabilah, apa yg saya cakap, mereka tak akan ingkar. Dia minta nabi doa bagi satu karamah agar kaum dia akan terkesan dgn karamah tersebut. Satu tanda cahaya yg terang telah keluar antara dua matanya. Dia pun suka dan pergi. Sebelum masuk kampung, dia berdoa supaya cahaya di dahi dialihkan ke tongkat. Kaum dia tak terima dakwahnya. Dia balik jumpa nabi dan suruh nabi doa kebinasan atas kaumnya. Org yg buat kerja ini tanpa merasai bahawa kerja ini kerja dia, maka dia akan putus asa dan akan tinggalkan kerja ini. Kita kena buat usaha dgn merasai ini perintah Allah. Nabi kata ada mutiara dlm kaum kamu. Nabi doa kebaikan utk kaum daus. Thufail balik semula ke kaum dia dan buat usaha selama beberapa tahun. Sehingga nabi telah berhijrah ke madinah. badar, uhud dan khandaq selesai. Ketika nabi ada di khaibar, thufail telah bawa 80 keluarga (1 keluarga besar ada 60-70 org/individu) berjumpa dgn nabi s.a.w di madinah. Nuh a.s buat usaha siang dan malam selama 950 thn. 80 org/individu masuk islam. Adakah 2nd gasht kita cukup beberapa bulan sahaja? Sunnah yg paling besar ialah dakwah infradi.

Usaha agama bukan dibuat dgn kedudukan, kemampuan dan karamah. Usaha agama dibuat dgn mujahadah dan pengorbanan. Karamah para wali bukan utk mentaarufkan auliya. Karamah para wali adalah utk mentaarufkan kekuatan amalannya.

Bila usaha susah payah seorang da’i sampai ke satu tahap yg diingini oleh Allah, maka Allah akan buat salah satu dari 2 perkara. Samada penghalang mereka akan dihapuskan oleh Allah atau Allah akan bagi hidayat pd mereka. Hidayat di tangan Allah. T/jawab para nabi ialah buat usaha. Satu org nabi inginkan hidayat, abu talib. Satu org lagi nabi inginkan kehancuran utk dia, Wahsyi pembunuh Hamzah. Tapi kudrat Allah sebaliknya. Abu talib tak dpt hidayat, wahsyi dpt hidayat.

Kesatuan/ijtimaiyat org islam sangat penting. Zihin akan berubah dgn suasana. Memberi dakwah akan mengubah suasana. Dakwah akan menyempurnakan iman dan amal. T/jawab kita seluruh alam. Ulamak keluar 1 thn, yg lain bagi azam utk 4 bulan.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir